Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Wakil Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi penyumbang terbesar mata AFC MA Ranking Malaysia bagi tahun ini.

Skuad Harimau Selatan menjadi wakil tunggal di ACL sementara dua lagi wakil Malaysia, Terengganu dan Sabah FC bersaing di pentas AFC Cup.

Menerusi kemas kini yang dikeluarkan oleh laman FootyRankings, kedudukan Malaysia turun satu tangga ke tangga 12 di Asia selepas dipintas oleh Australia.

Advertisements

Malaysia berjaya memungut 31.118 mata dan berada di tangga ke-6 Asia Timur sementara Australia kini menghuni tangga ke-5 Asia Timur (ke-11 Asia) dengan 32.221 mata.

Bagi tahun 2024, Malaysia memperoleh tambahan +6.000 mata hasil prestasi cemerlang tiga wakil negara.

Advertisements

Namun begitu, JDT kekal menjadi penyumbang terbesar mata AFC MA Ranking buat negara iaitu 9.000 mata sementara Sabah dengan 5.000 mata dan Terengganu 4.000 mata.

Copy of Untitled Design 18 JDT Sumbang Mata AFC MA Ranking Malaysia Tertinggi 2024

JDT juga mempamerkan persembahan membanggakan selepas mencatatkan tiga kemenangan di ACL termasuklah ketika menumbangkan jaguh Korea Selatan, Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Kejayaan hebat JDT dan wakil negara menyaksikan Malaysia berjaya memperoleh satu slot automatik ke ACLE dan satu slot automatik ke saingan ACL2 musim 2025/26.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram