Jurang nilai Timnas Indonesia dan Malaysia kini dipisahkan dengan nilai RM25 Juta.
Pasukan bimbingan Shin Tae-yong mengharungi kempen yang amat memberangsangkan di Piala Asia 2023 apabila layak ke pusingan kalah mati.
Prestasi ini membawa kepada skuad B-23 Sang Garuda apabila berjaya menamatkan kempen Piala Asia di tempat ke-4.
Skuad Garuda kini dinilai setinggi 11.5 Juta Euro (RM58 Juta) dengan kehadiran 11 pemain warisan yang beraksi di luar negara.
Penambahan drastik beberapa tonggak warisan yang beraksi di Eropah jelas memberi impak besar bukan sahaja kepada persembahan pasukan dan juga nilai skuad terkini Indonesia.
Nilai ini jauh meninggalkan skuad Malaysia yang hanya memiliki 6.25 Juta Euro (RM33 Juta) dengan rata-rata pemain hanya beraksi dalam saingan tempatan.
Ini menjadikan perbezaan nilai kedua-dua skuad mencecah RM25 Juta berdasarkan kemas kini terbaru.
Antara watak penting Indonesia yang kini beraksi di luar negara ialah Jay Idzes (Venezia), Justin Hubner (Cerezo Osaka), Sandy Walsh (KV Mechelen), Ivar Jenner (Utrecht) dan juga Rafael Struick (Ado Den Haag) di Belanda.
Indonesia juga memiliki 4 orang pemain warisan yang beraksi bersama skuad senior manakala Malaysia kekal memberi kepercayaan penuh kepada pemain tempatan untuk membawa cabaran negara.
Dua negara Asia Tenggara ini mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun ini dengan misi untuk mara ke pusingan berikutnya.