Jurang ranking antara Malaysia dan juga India semakin kecil menjelang pertemuan kedua-dua pasukan.
Skuad kendalian Pau Marti mendapat motivasi tambahan selepas menundukkan pasukan ke-187 dunia, Laos dengan keputusan 3-1.
Malaysia bagaimanapun perlu melepasi tentangan satu lagi lawan iaitu semi finalis Pestabola Merdeka 2023, India dalam satu aksi persahabatan antarabangsa FIFA.
Berdasarkan kemas kini oleh masa-nyata FIFA, Harimau Malaya kini menghuni tangga ke-133 dunia dengan 1113 mata namun memperoleh tambahan mata setelah menewaskan Laos.
India kendalian Manolo Marquez berada pada kedudukan tidak jauh apabila menghuni tangga ke-125 dunia dengan 1133 mata.
Harimau Malaya memiliki rekod baik berdepan lawan Asia Selatan itu apabila melakar kemenangan 4-2 di Bukti Jalil tahun lalu.
Aksi antara India vs Malaysia bakal berlangsung pada 18 November di Hyberabad dalam misi memperbaiki kedudukan ranking FIFA.