Jurang ranking antara pasukan kebangsaan Thailand dan Malaysia kini mencecah 32 tangga.
Skuad kendalian Masatada Ishii mengharungi siri persahabatan antarabangsa bulan September dengan baik apabila menewaskan Vietnam dengan keputusan 2-1.
Kemenangan itu menyaksikan skuad Gajah Perang hanya tewas sekali sahaja dalam 5 aksi terakhir yang membantu peningkatan ranking FIFA secara mendadak.
Berdasarkan kemas kini ranking FIFA bulan September, Thailand naik dua tangga untuk menghuni kedudukan ke-100 dunia dengan 1123 mata.
Skuad kebangsaan pula naik dua tangga selepas muncul juara Pestabola Merdeka 2024 dan kini menghampiri kelompok 120 terbaik dunia.
Malaysia ketika ini menjadi pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (100), Vietnam (115), Indonesia (129) dan juga Harimau Malaya (132).
Malaysia akan mengharungi aksi persahabatan menentang New Zealand dan satu lagi pasukan Ocenia pada bulan Oktober di gelanggang lawan sementara Thailand menganjurkan Piala Raja Thailand (King’s Cup).