Bekas ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann dilaporkan dalam radar untuk dilantik sebagai jurulatih China.
Pengendali berusia 56 tahun itu dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) selepas hanya berjaya membawa pasukan ke pentas separuh akhir Piala Asia 2023.
Beliau juga disifatkan gagal mengawal bilik persalinan selepas pergaduhan yang berlaku antara kapten pasukan, Son Heung-min dan juga Lee Kang-in mengeruhkan lagi keadaan.
Menurut laporan media Korea Selatan, Korea JoongAng Daily, bekas jurulatih USA itu merupakan salah satu calon pengendali baharu China.
Dragon’s team telah pun memecat ketua jurulatih, Aleksandar Jankovic susulan penyingkiran awal pasukan dari pentas Asia di Qatar selain prestasi hambar di Kelayakan Piala Dunia.
Antara calon lain yang dikatakan berpotensi ialah bekas ketua jurulatih Qatar, Carlos Queiroz dan juga Branco Ivankovic dari Oman.
Rekod baik Klinsmann selepas membantu Korea Selatan mengharungi 13 perlawanan tanpa kalah membuka mata pengurusan tertinggi China untuk mendapatkan sentuhannya.
China akan bermain perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 bulan depan menentang Singapura.
China bermain perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Singapura pada 21 Mac sebelum perlawanan kedua pada 26 Mac.
China menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan C. Sembilan kumpulan yang mengandungi empat pasukan bersaing dalam setiap kumpulan, dengan dua pasukan teratas layak ke pusingan ketiga kelayakan.