Pemain Korea Selatan Gaduh Besar, Jari Son Heung-min Hampir Patah
Asia
Korea FA
Advertisements

Kem Korea Selatan bergolak ketika aksi separuh akhir Piala Asia AFC 2023 yang menyaksikan kapten pasukan, Son Heung-min nyaris menjadi mangsa keadaan.

Perkara ini dilaporkan oleh beberapa sumber dari Korea Selatan mengenai pergaduhan besar dalam kem Taeguk Warriors sehari sebelum pertemuan menentang Jordan tempoh hari.

Pemain senior Korea Selatan dikatakan tidak berpuas hari dengan tindakan biadab pemain muda pasukan, Lee Kang-in selepas tergesa-gesa untuk menghabiskan makanan untuk bermain ping-pong.

Advertisements

Tindakan ini menyebabkan sebilangan besar pemain senior pasukan berasa kurang senang namun ditenangkan oleh kapten pasukan, Son Heung-min.

Namun begitu, keadaan bertukar tegang apabila pergaduhan mula tercetus dan pemain Tottenham Hotspurs itu cuba meleraikan keadaan namun jarinya pula terkehel.

Advertisements

Keadaan ini boleh dilihat apabila jarinya berbalut ketika aksi menentang Jordan yang menyaksikan anak didik Jurgen Klinsmann tewas dengan keputusan 2-0.

Laporan juga mengatakan bahawa para pemain senior pasukan meminta agar Lee Kang-in digugurkan daripada kesebelasan utama pasukan menentang Jordan namun tidak diendahkan oleh Klinsmann.

Advertisements

Ketika ini, keadaan menjadi tidak baik buat kem Korea Selatan selepas terdapat tekanan untuk menggugurkan pengendali kelahiran Jerman itu susulan prestasi yang tidak menentu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram