Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menjawab tindakannya untuk tersenyum saat melihat gol penyerang naturalisasi negara, Romel Morales adalah tidak dirancang.
Pemain berusia 26 tahun itu menjadi watak penting apabila rembatan kencangnya berjaya menewaskan penjaga gol Taeguk Warriors, Jo Hyeon-woo.
Gol itu memastikan Harimau Malaya pulang dengan satu mata dari Qatar dengan kejayaan lebih manis dilakar berdepan Korea Selatan.
Menerusi satu kenyataan oleh Klinsmann, beliau tidak merancang untuk meraih keputusan seri berdepan Harimau Malaya.
Malah, reaksi daripada para pemainnya yang seakan tidak mahu menjaringkan gol menyebabkan beliau hanya mampu tersenyum.
“Pada masa itu, kami mempunyai 85 peratus penguasaan bola dan hampir 30 sepakan sudut. Malangnya, terdapat kebimbangan bahawa kami tidak akan dapat menamatkan permainan dengan baik. Itu menjadi kenyataan.”
“Itu membuatkan saya ketawa,” jelasnya kepada Sports Chosun.
Pengendali kelahiran Jerman itu menafikan telah merancang untuk pasukannya mengelak bertemu Jepun pada pusingan kalah mati.
“Langsung tiada pemikiran atau niat untuk mengelaknya (bertemu Jepun). Saya tidak fikir itu. Matlamatnya adalah untuk mara ke tempat pertama dalam kumpulan.”
Korea Selatan akan bertemu Arab Saudi pada jam 12 malam, 30 Januari 2024 dalam misi untuk mara ke pusingan berikutnya.