Advertisements
Seri Berdepan Malaysia, Jürgen Klinsmann Anggap Keputusan Ini Tak Dirancang
Asia
MakanBola
Bein Sports

Pengendali Korea Selatan, Jürgen Klinsmann memuji persembahan memukau yang dipamerkan Malaysia selepas skuad kendaliannya terpaksa akur mencatat keputusan seri berdepan Malaysia.

Malaysia berjaya bangkit pada babak-babak akhir permainan menerusi ledakan pemain gantian, Romel Morales sekaligus menamatkan aksi dengan keputusan 3-3.

Ketika sesi sidang media selepas perlawanan, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan bahawa keputusan seri yang dicatat ini bukan satu keputusan yang dirancang biarpun timbul spekulasi yang mengatakan Korea sasar seri kerana mahu elak bertemu Jepun di pusingan 16 terbaik.

“Satu perlawanan yang menarik apabila enam gol terhasil biarpun saya agak marah bagaimana gol itu terhasil. Saya rasa ia bukan penalti dan tiada penalti buat Malaysia.”

“Kami berjaya kuasai keseluruhan aksi hari ini akan tetapi tidak berjaya meraih kemenangan. Untuk perlawanan akan datang, saya harap kami akan bermain dengan lebih baik dan akan melakukan beberapa analisa untuk aksi hari ini,” ujar Jurgen Klinsmann selepas sesi sidang media selepas perlawanan.

Korea Selatan menamatkan kempen saingan peringkat kumpulan di kedudukan kedua selepas Bahrain muncul juara Kumpulan E. Jordan di kedudukan ketiga dan Malaysia di tangga terakhir dengan satu mata diraih.