Jürgen Klinsmann Lebar Rekod Buruk Bersama Korea Selatan
MakanBola
Reuters
Sponsors

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jürgen Klinsmann masih mencari rentak sebenar bersama pasukan baharunya selepas meneruskan rekod tanpa kemenangan sekali lagi.

Pengendali kelahiran Jerman itu mengambil alih jawatan ketua jurulatih pada awal tahun ini gagal mencari rentak yang diharapkan buat pasukan.

Ad

Beliau juga kelihatan tidak disenangi atas beberapa tindakannya dan juga komen yang diberikan kepada media.

Ad

Perkembangan terbaru menyaksikan Korea Selatan sekali lagi gagal mencatatkan kemenangan selepas hanya seri berdepan Wales di Cardiff semalam.

Pada perlawanan tersebut, pasukannya hanya mampu merekodkan satu percubaan tepat sungguhpun mendominasi perlawanan.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by 대한민국 축구 국가대표팀 (@thekfa)

Ad

Keputusan seri itu menyaksikan jaguh Asia ini gagal merekodkan sebarang kemenangan sejak diambil alih oleh Klinsmann.

Ad

Setakat ini, Korea Selatan mencatatkan tiga keputusan seri menentang Colombia, El Slavador dan Wales dan tewas dua aksi menentang Peru dan Uruguay.

Bekas jurulatih pasukan kebangsaan Jerman ini mengakui masih banyak yang perlu dipelajari untuk memperbaiki reputasi Korea Selatan.

“Ia juga satu pembelajaran yang besar untuk saya tetapi saya harap saya seorang pelajar yang hebat,” kata pengendali Jerman itu.

Perkara ini memberi kelegaan kepada lawan mereka di Piala Asia terutamanya Malaysia untuk memanfaatkan situasi yang terjadi di kem Korea Selatan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dengan aksi berdepan pasukan terbaik Asia itu bakal berlangsung pada 25 Januari 2023.