Jürgen Klinsmann Anggap Korea Selatan Dapat Laluan Mudah Di Piala Asia
Asia
Yonhap
Advertisements

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jürgen Klinsmann menganggap bahawa undian Piala Asia AFC 2023 berpihak kepada pasukannya kendaliannya.

Pengendali kelahiran Jerman ini baru sahaja dilantik sebagai jurulatih selepas melihat prestasi kurang memberangsangkan Taegeuk Warriors di Piala Dunia.

Bekas pengendali pasukan kebangsaan Amerika Syarikat itu bagaimanapun menganggap undian Piala Asia kali ini boleh dilepasi oleh anak didiknya.

Advertisements

“Saya rasa kami mempunyai kumpulan yang bagus. Mereka semua pasukan yang sangat, sangat bagus.”

Beliau juga yakin pasukannya mampu melepasi halangan ini sekaligus memberi bayangan untuk mara ke pentas akhir kejohanan berprestij Asia ini.

“Saya fikir ia adalah kumpulan yang boleh dilakukan oleh kami. Kami menjangkakan diri kami akan mara ke peringkat kalah mati dan mara hingga ke penghujung kejohanan. Ia adalah keputusan undian yang bagus untuk kami, ” jelasnya kepada Yonhap News.

Advertisements

Menentang Malaysia, Korea Selatan memiliki rekod baik apabila telah mencatat 26 kemenangan, 12 seri dan 8 kekalahan. Harimau Malaya dan Korea Selatan tidak bertemu antara satu sama lain sejak Jun 1989.

Korea Selatan mempunyai rekod tanpa kalah iaitu tiga kemenangan dan dua seri menentang Jordan. Mereka mencatatkan 11 kemenangan, empat seri dan satu kekalahan menentang Bahrain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram