Live

Live: Ratchaburi vs JDT – ACLE

JDT ACLE 4 1 Live: Ratchaburi vs JDT - ACLE
Johor Southern Tigers
Akan datang ACLE 2026/2027 · Perlawanan 5
Ratchaburi
8:15 PM MYT
Johor Darul Ta'zim
24 November 2026 Stadium Ratchaburi, Ratchaburi
08Jam
36Minit
21Saat
Tonton perlawanan
Tonton melalui saluran rasmi di bawah Ratchaburi vs Johor Darul Ta'zim

Tonton aksi Ratchaburi vs JDT dalam perlawanan minggu kelima AFC Champions League Elite (ACLE) langsung dari Stadium Ratchaburi.

Advertisement

Perlawanan ini cukup penting buat Harimau Selatan yang berhasrat membawa pulang tiga mata bagi mengukuhkan kedudukan dalam kelompok lapan pasukan terbaik Zon Timur sekali gus mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan kalah mati.

Selepas mengharungi empat perlawanan, JDT kini mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan untuk berada dalam kelompok lapan terbaik saingan.

Sebaliknya, Ratchaburi berdepan situasi lebih sukar apabila hanya mengutip satu mata daripada empat perlawanan terdahulu selepas mencatatkan satu keputusan seri dan tiga kekalahan.

Wakil Thailand itu pastinya mahu menggunakan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri untuk memburu kemenangan pertama dalam kempen ACLE musim ini, sekali gus memperbaiki kedudukan mereka dalam carta Zon Timur.

Bagaimanapun, rekod pertemuan terdahulu memberikan sedikit kelebihan psikologi buat JDT apabila kedua-dua pasukan pernah bertemu sebanyak dua kali pada tahun 2021 dengan Harimau Selatan mencatatkan satu kemenangan dan satu keputusan seri.

Dari sudut prestasi semasa, JDT turut memiliki perkembangan positif selepas bangkit mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Cong An Ha Noi dalam saingan ASEAN Club Championship pada 19 November lalu menerusi dua jaringan Óscar Arribas.

Kehadiran pemain seperti Arif Aiman, Marcos Guilherme, Óscar Arribas dan Bergson Gustavo Silveira da Silva juga bakal menjadi antara sandaran utama JDT untuk merobek benteng pertahanan tuan rumah.

Namun, Ratchaburi tetap tidak boleh dipandang mudah memandangkan mereka memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri dan pastinya mahu memberikan tentangan bagi menghalang JDT daripada membawa pulang mata penuh.

Justeru, disiplin permainan serta keberkesanan penyudah bakal menjadi antara faktor penting buat skuad Harimau Selatan dalam usaha mendapatkan keputusan positif di bumi Thailand.

Aksi Ratchaburi menentang JDT dijadualkan berlangsung pada jam 8.15 malam waktu Malaysia.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...