Live

Live: Malaysia vs Singapura – Kelayakan Piala Asia B-17

Malaysia B16 Stadium Cheras Live: Malaysia vs Singapura - Kelayakan Piala Asia B-17
Malaysia NT
Akan datang Kelayakan Piala Asia B-17 · Perlawanan 3
Malaysia
9:00 PM MYT
Singapura
14 November 2026 Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
14Jam
11Minit
15Saat
Tonton perlawanan
Tonton melalui saluran rasmi di bawah Malaysia vs Singapura
Advertisements

Tonton aksi Malaysia vs Singapura dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-17 secara langsung dari Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Perlawanan penting ini menyaksikan anak buah Shukor Adan memburu kemenangan pertama selepas memulakan kempen dengan kekalahan 0-2 kepada Palestin pada 8 November lalu.

Kekalahan tersebut pastinya menjadi pengajaran buat skuad negara yang perlu memperbaiki beberapa kelemahan, khususnya dari segi penyudah dan mengurangkan kesilapan ketika menguasai bola.

Sebaliknya, Singapura hadir dengan rekod satu kemenangan dan satu kekalahan selepas membelasah Guam 6-0 sebelum tewas 2-4 kepada India dalam aksi kedua mereka.

Keputusan tersebut membuktikan Singapura memiliki kemampuan untuk menghasilkan jaringan, sekali gus memberikan cabaran tersendiri buat benteng pertahanan Malaysia yang perlu lebih berwaspada sepanjang perlawanan.

Ketua jurulatih Malaysia, Shukor Adan sebelum ini turut mengakui kualiti teknikal yang dimiliki beberapa pemain Singapura selepas melakukan analisis terhadap corak permainan pasukan lawan.

Beliau menjelaskan bahawa barisan kejurulatihan sudah mengenal pasti beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian menjelang pertemuan tersebut.

“Saya tahu Singapura akan menukar serba sedikit pelan permainan mereka. Saya rasa dalam empat, lima hari ini kita sudah analisis pasukan Singapura,” katanya.

Kemenangan ke atas Singapura amat penting buat Malaysia bagi menghidupkan kembali peluang memburu kedudukan teratas Kumpulan E selepas hanya juara setiap kumpulan layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2027 di Uzbekistan.

Justeru, aksi ini menjadi peluang terbaik buat skuad kendalian Shukor untuk bangkit memperbaiki kedudukan selain membuktikan kemampuan mereka bersaing dalam saingan peringkat Asia.

Perlawanan Malaysia vs Singapura dijadualkan berlangsung pada jam 9.00 malam waktu Malaysia.