Advertising
Jurgen Klinsmann ‘Makan Besar’ Selepas Dipecat
MakanBola
AFC

Bekas jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann dijangka akan mendapat pampasan lumayan selepas dipecat oleh Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA) baru-baru ini.

Media di Korea Selatan sebelum ini mendedahkan Klinsmann akan menerima pampasan yang sangat lumayan iaitu sekitar 5 billion won (mata wang Korea Selatan) yang bersamaan dengan RM17.94 juta sekiranya dipecat.

Ad

Jumlah pampasan ini termasuk gaji untuk baki 2 tahun kontrak jurulatih dari Jerman itu dan juga yuran penalti di bawah terma-terma yang lain.

Ad

Terdahulu, KFA telah mengumumkan pemecatan Jurgen Klinsmann selepas jurulatih itu gagal memenuhi jangkaan dalam pengurusan perlawanan, pengurusan pemain dan sikap kerja. Malah Klinsmann juga dikatakan tidak dapat membantu pasukan Korea Selatan meningkatkan tahap daya saing.

Sedar akan bayaran pampasan yang agak tinggi perlu dibayar kepada Klinsmann, Pengerusi KFA, Chung Mong-gyu bersedia mengeluarkan duit poket sendiri untuk membayar pampasan tersebut.

Ad

“Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) sedang berbincang dan berbincang dengan peguam pihak terbabit (Klinsmann). Jika pampasan yang terhasil terlalu besar, saya mempertimbangkan untuk membelanjakan wang saya sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ad

“Kami belum bercakap mengenai isu ini, KFA akan berbincang dan berunding untuk menyelesaikan isu tersebut”, kata Pengerusi KFA, Chung Mong-gyu seperti dilaporkan VTC News.

Ad

Dengan pemecatan Klinsmann, skuad kebangsaan Korea Selatan berkemungkinan akan dilatih oleh anak tempatan dengan tiga jurulatih tempatan berada di dalam radar KFA antaranya jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo.