Advertising
Jurgen Klinsmann Sedar Terkena Kejutan Di Qatar
Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menyedari bahawa saingan Piala Asia 2023 di Qatar bukanlah saingan yang mudah lebih-lebih lagi melihat pasukan kendaliannya tersingkir di tangan Jordan di peringkat separuh akhir semalam.

Ketika banyak pihak yang meletakkan harapan tinggi terhadap Korea Selatan menjulang kejuaraan Piala Asia kali ini, Jordan menampilkan permainan luar biasa untuk menyingkirkan Korea Selatan di separuh akhir.

Ad

Bagi Klinsmann, banyak yang beliau pelajari dan rasai di dalam kejohanan berprestij di Asia ini. Beliau akur bahawa tahap bola sepak di Asia sudah meningkat dengan tinggi.

Ad

“Banyak yang saya belajar dan rasa. Ia adalah kejohanan di mana kita melihat berapa banyak negara dan pemain yang datang ke kejohanan ini dan mempertaruhkan nyawa mereka dalam setiap perlawanan.

“Terdapat ramai pemain yang bagus. Kami melihat bagaimana bola sepak Asia telah mengejutkan ramai. Jepun pulang ke tanah air. Kami juga terpaksa pulang hari ini dengan keputusan yang malang. Saya merasakan betapa hebatnya pertandingan ini,” jelas Klinsmann seperti dilaporkan Sport Chosun.

Ad

Ketika ditanyakan mengenai peletakan jawatan sebagai jurulatih Korea Selatan, Klinsmann berkata beliau tidak pernah memikirkan tentang perkara tersebut. Beliau akan pulang ke Korea Selatan dan menganalisis kegagalan ini.

Ad

“Belum ada rancangan (peletakan jawatan). Saya akan kembali ke Korea bersama pasukan dan menganalisis pertandingan ini.

Ad

“Kami memerlukan masa untuk ke persatuan dan membincangkan apa yang berjalan dengan baik dan apa yang baik semasa pertandingan ini. Kita perlu bersedia untuk pertandingan seterusnya,” luah Klinsmann lagi.

Pada aksi separuh akhir semalam, Korea Selatan tewas 0-2 kepada Jordan melalui jaringan Mousa Al-Tamari dan Yazan Al-Naimat.

Jordan akan menunggu satu lagi perlawanan separuh akhir yang akan berlangsung hari ini (7 Februari) yang mana menyaksikan tuan rumah dan juara bertahan, Qatar akan bertemu Iran.