Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann difahamkan menolak permintaan aneh dari bintang pasukan, Son Heung-min sebelum aksi separuh akhir menentang Jordan dalam kempen Piala Asia 2023 tempoh hari.
Son Heung-min yang juga kapten pasukan membuat permintaan kepada Klinsmann supaya mengetepikan bintang muda, Lee Kang-in dari pasukan selepas pergaduhan yang berlaku di kem Korea Selatan.
Laporan dari Korea Football News mengatakan Son cuba menghentikan pemain-pemain muda Korea Selatan termasuk Lee Kang-in daripada bermain pingpong ketika para pemain yang lain sedang menikmati juadah makan malam masing-masing.
Sedikit pergelutan telah berlaku di antara Son dan Lee Kang-in hingga menyebabkan jari Son hampir patah ketika mengelak tumbukan Kang-in.
Akibat daripada insiden tersebut, Son bersama beberapa pemain senior membuat permintaan kepada Klinsmann supaya mengetepikan Kang-in daripada skuad bertemu Jordan di separuh akhir.
Klinsmann bagaimana pun tidak menunaikan permintaan dari Son dan tetap menyenaraikan Kang-in dalam kesebelasan utama menentang Jordan yang mana menyasikan Korea Selatan tewas mengejut 0-2.
Kegagalan Korea Selatan beraksi baik dan kegagalan merangkul kejuaraan Piala Asia membuatkan tekanan menggunung kini berada di bahu Klinsmann untuk mengekalkan jawatannya.