Jurgen Klopp & Mo Salah ‘Perang’ Besar
EPL
Liverpool FC
Advertisements

Kem Liverpool dikejutkan dengan pertelingkahan di antara pengurus pasukan, Jurgen Klopp dan ayam tambatan pasukan, Mo Salah.

Kejadian ini bermula apabila pasukan lawan Liverpool iaitu West Ham United berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi penyerang England, Michail Antonio setelah The Reds mendahului 2-1.

Klopp yang berada di tepi padang bersama Salah yang sedang bersiap sedia untuk dimasukkan tampak kecewa dengan kedua-duanya saling berperang mulut sambil Salah mula menunding ke arah Klopp sebelum diredakan oleh Darwin Nunez.

Advertisements

Dalam aksi tersebut, Liverpool terpaksa berpuas hati sekadar membawa pulang satu mata setelah terikat 2-2 bersama West Ham United sekaligus menyukarkan perjalanan untuk merampas gelaran juara EPL musim ini.

Menurut Klopp, dia tidak mahu mendedahkan apa yang diperkatakan olehnya dan Salah ketika kejadian tersebut dan menganggap isu ini sudah pun diselesaikan di bilik persalinan.

Advertisements

”Tidak, kami sudah berbincang mengenai hal ini di bilik persalinan dan bagi saya, perkara ini sudah selesai,” katanya ketika sidang media kepada Jules Breach menurut laporan SportBible.

Salah yang ditemui selepas perlawanan turut mengambil pendekatan untuk berdiam diri namun pemain berusia 33 tahun itu mengeluarkan kenyataan yang meninggalkan tanda tanya kepada para wartawan.

Advertisements

”Akan ada yang dipecat hari ini jika saya bercakap,” ujar Mo Salah sambil berjalan meninggalkan stadium.

Kejadian ini pastinya meresahkan para peminat Liverpool memandangkan Mo Salah dan Jurgen Klopp merupakan dua nama yang mengangkat status Liverpool kembali menjadi kelab yang digeruni dalam tempoh lima tahun sebelum ini.

Advertisements

Ditambah pula dengan pemergian Klopp pada penghujung musim, sudah pastinya peminat setia The Reds mahukan pengurus kelahiran Jerman itu diraikan dengan penuh hormat oleh semua pemain, pegawai dan penyokong.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram