Jurulatih Al-Hilal Percaya Neymar Bertentangan Dengan Cristiano Ronaldo
Asia
Al-Hilal / Al-Nassr
Advertisements

Ketua jurulatih Al-Hilal FC, Jorge Jesus baru-baru ini telah mendedahkan faktor utama yang membuatkan karier Neymar dan Cristiano Ronaldo sangat bertentangan.

Jorge Jesus yang merupakan jurulatih kelahiran Portugal memberitahu media bahawa Neymar lebih mementingkan kehidupan peribadi berbanding bermain bola sepak.

Berbeza dengan Cristiano Ronaldo yang telah memberikan segala-galanya demi bola sepak memandangkan sukan bola sepak adalah prioriti buat pemain Al-Nassr berusia 38 tahun itu.

Advertisements

“Neymar adalah bertentangan dengan Ronaldo. Ronaldo mempunyai lebih minat untuk bola sepak dan dia menjadikan ia keutamaannya.

“Neymar mempunyai lebih semangat untuk perkara lain yang dikaitkan dengan kehidupan peribadinya, yang dia dahulukan.” luah Jorge Jesus seperti dipetik Transfer News Live.

Neymar kini sedang dalam pemulihan kecederaan selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) ketika menyarung jersi Brazil menentang Uruguay Oktober tahun lalu.

Advertisements

Kecederaan itu memaksa Neymar berehat panjang dan terpaksa melupakan kariernya bersama Al-Hilal dan juga turut terlepas kejohanan besar seperti Liga Juara-Juara AFC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram