Ads
Jurulatih DH Cebu Tak Gentar Jumpa Selangor
ACL
AFC

Pengendali Dynamic Herb Cebu, Mustafa Ati Goksu percaya pasukannya tidak gentar bila berhadapan dengan Selangor FC pada 3 Oktober ini.

Advertisements

DH Cebu bakal berdepan Selangor dalam aksi kedua Kumpulan H Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Kedua-dua pasukan mengalami nasib berbeza selepas mengharungi aksi pertama kumpulan.

Advertisements

Merah Kuning meraih satu mata selepas diikat Muangthong United 1-1. Manakala The Gentle Giants pula dibelasah 6-0 oleh kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors.

Advertisements
Advertisements

Goksu mengakui tugasan menentang Selangor bukan mudah buat pasukan Filipina itu. Ini kerana Merah Kuning beraksi di gelanggang sendiri dan diperkuat ramai pemain berkualiti.

Pada masa sama, jurulatih Turkiye itu melihat DH Cebu sudah bersedia menghadapi cabaran tuan rumah. Ini bagi membolehkan mereka dapat mencapai sasaran melepasi peringkat kumpulan ACL2.

Advertisements

“Sudah tentu ini padang baru buat kita, persekitaran baru dan kita bermain di gelanggang Selangor.

“Tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, pasukan sudah melakukan persiapan yang baik. Kita bersedia untuk perlawanan ini, kita tahu siapa lawan yang bakal dihadapi.

“Ya, ia bukan satu perlawanan yang mudah. Tapi itu sesuatu yang kita perlu lakukan jika ingin melepasi peringkat kumpulan. Dan sekali lagi, kita perlu cuba menang untuk mendapatkannya,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan Selangor-DH Cebu.

Pasukan Filipina itu mendapat suntikan semangat apabila membelasah Mendiola 1991 6-0 dalam aksi pembukaan Philippines Football League (PFL) baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, DH Cebu dijangka berdepan tentangan sengit Merah Kuning. Selain meraih kemenangan 1-0 ke atas Terengganu FC pada 28 September, Ronnie Fernandez juga bakal mengetuai jentera serangan pasukan itu.

Advertisements

Kedua-dua pasukan bakal berentap di Stadium MBPJ pada 3 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram