Ads
Jurulatih India Dipecat Serta-Merta
Asia
Indian Football Team

Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) bertindak memecat pengendali skuad kebangsaan negara itu dari Croatia, Igor Stimac.

Advertisements

Keputusan pemecatan itu dibuat selepas satu mesyuarat maya membabitkan ahli jawatankuasa kanan AIFF diadakan semalam.

Advertisements

Khidmat jurulatih berusia 26 tahun itu ditamatkan selepas India gagal layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini.

Advertisements
Advertisements

Selepas tewas 2-1 kepada Qatar gara-gara gol kontroversi pada 11 Jun lalu, The Blue Tigers menamatkan kempen di tempat ketiga dalam Kumpulan A dengan lima mata.

“AIFF berterima kasih kepada Encik (Igor) Stimac atas perkhidmatannya kepada pasukan kebangsaan dan mengucapkan selamat berjaya kepada beliau untuk usaha berikutnya,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

Advertisements

Sebelum ini, Stimac memaklumkan akan meletak jawatan sekiranya India gagal mara ke pusingan ketiga kelayakan.

“Jika saya gagal bawa India ke pusingan ketiga (kelayakan) saya akan pergi, dengan maruah dan rasa hormat atas apa yang dilakukan di sini dalam tempoh kerja selama lima tahun. Saya akan tinggalkan jawatan saya kepada orang lain,” katanya seperti yang dilaporkan The Indian Express.

Selepas menggantikan Stephen Constantine pada 2019, Stimac merekodkan 19 kemenangan, 14 seri dan 20 kekalahan bersama India.

Bekas jurulatih Sepahan itu turut membantu The Blue Tigers meraih empat kejuaraan iaitu dua trofi SAFF Championship, satu trofi Intercontinental Cup dan satu trofi Tri-Nations Series.

Advertisements

Walau bagaimanapun, India mempamerkan prestasi buruk dalam Piala Asia 2023. Kejohanan itu menyaksikan India tewas dalam semua perlawanan Kumpulan B dan tidak menjaringkan sebarang gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram