Jurulatih Jordan Resah Pemain Tak Fokus, Pertahanan Makin Rapuh
Asia
FA Jordan
Advertisements

Jurulatih Jordan berada dalam situasi cemas beberapa hari sebelum sepak mula Piala Asia apabila pasukan ke-87 dunia itu menghadapi beberapa masalah besar dalam pasukan.

Skuad kendalian Hussein Ammouta itu mengharungi tempoh yang cukup sukar selepas tewas beberapa perlawanan terakhir termasuklah dibelasah oleh Norway dengan keputusan 6-0.

Jordan hanya meraih satu keputusan seri sementara tewas 6 perlawanan terakhir sekaligus menyebabkan persediaan ke kejohanan berprestij Asia itu terjejas.

Advertisements

Meneruai satu temu bual bersama pembantu jurulatih Jordan, Yassim Amal, beliau melihat beberapa masalah besar dalam kem pasukan masih belum dapat diatasi sungguhpun kejohanan akan bermula tidak lama lagi.

“Terdapat banyak perubahan yang diharungi para pemain. Saya fikir masalah terbesar yang dihadapi (Jordan) semasa perlawanan ialah hilang fokus pada minit akhir perlawanan terutama dalam situasi set-piece dan banyak jaringkan gol pada tempoh berkenaan.”

“Tentang perlawanan persahabatan yang saya katakan, perlawanan persahabatan itu merupakan peluang untuk bereksperimen, mengenalpasti kesilapan dan pemanas badan sebelum kejohanan.”

Advertisements

Beliau juga menyokong tindakan Hussein Ammouta untuk memjadikan aksi persahabatan sebagai medan persiapan sebenar.

“Sebagai jurulatih, saya menyokong beliau bahawa perlawanan persahabatan merupakan peluang mengenal pasti kesilapan,” ujarnya kepada Alkass TV Sports.

Aksi Jordan bertemu Malaysia pada 16 Januari 2024 di Stadium Al-Janoub tatkala Harimau Malaya mahu memadam rekod buruk berdepan pasukan itu sejak 35 tahun lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram