Advertising
Malaysia Terima Amaran Awal Jordan
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/MakanBola

Malaysia bakal menghadapi tentangan yang lebih hebat daripada Jordan di Piala Asia selepas pasukan itu bakal mengasah taring dengan bertemu dua pasukan Piala Dunia.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon menghadapi cabaran hebat di pentas berprestij Asia tersebut apabila diundi berdepan Korea Selatan, Bahrain dan Jordan dalam misi memburu tempat ke pusingan kalah mati kejohanan tersebut.

Persediaan pasukan ke-87 dunia itu melakukan persediaan yang cukup rapi apabila mengatur tiga aksi persahabatan sebelum ke Piala Asia.

Ad

Dua pasukan gergasi Asia yang telah layak ke pentas Piala Dunia, Jepun dan Qatar bakal menjadikan persiapan pasukan bimbingan Hussein Ammouta lebih rapi.

Ad

Selain itu, Lubnan juga bakal menjadi lawan pertama Jordan pada aksi 28 Disember 2023 sebelum menentang Qatar (5 Januari 2023) dan Jepun (9 Januari 2023).

Malaysia juga sedang mencari satu lagi lawan selepas mengesahkan akan bertemu pasukan ke-91 dunia, Syria dalam satu aksi persahabatan di Qatar.

Ad

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin mengumumkan pihaknya mahu mencari lawan yang setara dengan Arab Saudi sekaligus memberikan persediaan pasukan menjadi lebih baik.

Malaysia berada pada momentum terbaik apabila berjaya mendaki 7 tangga ke kedudukan 130 dunia berbanding 137 dunia sebelum ini.

Tambahan mata FIFA ini susulan persembahan memukau di pentas Kelayakan Piala Dunia selepas Harimau Malaya berjaya menumbangkan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei untuk meraih 6 mata pertama.

Bagi saingan Piala Asia, Malaysia akan memulakan saingan berdepan Jordan pada 16 Januari 2024 sebelum berdepan Bahrain dan Korea Selatan.