Skuad Muda Malaysia Buru Kemenangan Sulung Berdepan China
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Menjelang aksi persahabatan pertama skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia dan China pada 23 Disember ini, skuad Harimau Muda berharap dapat meraih kemenangan sulung ke atas tuan rumah.

Ini kerana mengikut rekod pertemuan membabitkan kedua-dua pasukan yang dikongsikan HarimauMYstats di X, Malaysia gagal meraih sebarang kemenangan ke atas China.

Dalam 17 perlawanan sebelum ini dari 1991 hingga 2019, Malaysia tewas 14 kali dan tiga kali seri.

Advertisements

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan menyaksikan China meranapkan impian Harimau Muda layak ke Piala Asia B-23 2020 dengan meraih keputusan seri 2-2.

Kedua-dua pasukan berada dalam Kumpulan J bersama Filipina dan Laos. Dengan kedua-dua pasukan terikat enam mata, China mendahului kumpulan ketika itu dengan kelebihan jaringan.

Justeru, skuad negara yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee ketika itu perlu menang jika mahu layak ke Piala Asia B-23 2020.

Advertisements

Harimau Muda mendahului seawal minit ke-10 menerusi bek kanan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Syahmi Safari. Bagaimanapun, China menyamakan kemudian enam minit selepas itu menerusi Zhang Yuning.

Safawi Rasid menyangka telah membantu skuad negara layak dengan gol kedua perlawanan pada minit ke-55. Sebaliknya, Jiang Shenlong memastikan kemaraan China dengan gol penyamaan pada minit ke-84.

Harimau Muda yang dibimbing Juan Torres Garrido dijangka ingin meleburkan rekod pahit ini apabila kedua-dua pasukan bertemu di Shanghai pada 23 Disember ini.

Advertisements

Aksi persahabatan dengan skuad B-23 China pada 23 dan 26 Disember ini merupakan sebahagian daripada persiapan skuad B-23 negara untuk Piala Asia B-23 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram