Ads
Jurulatih Jordan Sedia Hadapi Cabaran Palestin
Asia
Jordan FA

Jurulatih Jordan, Jamal Sellami percaya barisan anak buahnya sudah bersedia menghadapi cabaran Palestin menjelang aksi kedua kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Aksi pertama Kumpulan B menyaksikan kedua-dua pasukan mengumpul satu mata. Al-Nashama diikat Kuwait 1-1 di Amman pada awal pagi 6 September.

Advertisements

Sementara Singa Kanaan pula mencipta kejutan dengan mengikat Korea Selatan tanpa jaringan pada 5 September. Lebih menarik, penjaga gol Palestin, Rami Hamada dipilih pemain terbaik pasukan itu oleh Sofascore dengan markah 7.8.

Advertisements
Advertisements

Sellami mengakui Palestin satu pasukan yang bagus terutama dalam situasi sepakan percuma. Pasukan itu turut memiliki kualiti yang bagus dari segi individu dan pasukan.

Meskipun begitu, beliau percaya Jordan memiliki kualiti yang diperlukan untuk mengatasi tentangan Singa Kanaan.

Advertisements

“Seperti yang saya katakan, Palestin satu pasukan yang kuat. Mereka memiliki kekuatan dari segi pasukan dan individu. Selain itu, mereka juga sangat merbahaya dalam situasi sepakan percuma.

“Walau bagaimanapun, Jordan juga satu pasukan yang kuat dalam aspek berkenaan dan kita juga sudah bersedia seperti perlawanan sebelumnya,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan Jordan-Palestin hari ini.

Sellami turut menyifatkan pengalaman aksi pertama Kumpulan B menentang Kuwait banyak membantu Al-Nashama untuk tampil lebih mantap dalam baki aksi kumpulan. Ini bagi memastikan Jordan dapat merealisasikan objektif layak ke Piala Dunia 2026.

“(Bila) sampai ke tahap ini (pusingan ketiga kelayakan), ini menunjukkan banyak pasukan yang kuat seperti yang dilihat dalam perlawanan pertama.

“Banyak pasukan menunjukkan persembahan yang baik dan itu menunjukkan semua pasukan sama handal dan sama kuat. Kita akan belajar daripada kesilapan semasa aksi lalu (aksi menentang Kuwait) dan lebih bermotivasi untuk mencapai sasaran seterusnya iaitu layak ke Piala Dunia,” ujarnya.

Advertisements

Jordan bakal berdepan Palestin di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 10 September ini. Al-Nashama perlu beraksi tanpa kelibat penyerang utama mereka, Musa Al-Taamari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram