Jurulatih Kebangsaan Sepanyol Perkuat Lion City
MakanBola
Lion City Sailors FC

Kelab gergasi Singapura, Lion City Sailors (LCS) memilih jurulatih Sepanyol, Jesus Casas sebagai jurulatih mereka yang baharu.

Pelantikan bekas jurulatih Iraq itu diumumkan LCS menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi mereka.

“Lion City Sailors dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Jesús Casas sebagai ketua jurulatih baharu kami.

“Jurulatih Sepanyol berusia 52 tahun itu telah menandatangani kontrak untuk memimpin The Sailors sehingga musim 2027/28.

“Ini mencerminkan aspirasi berterusan kelab untuk membina ke atas kejayaan domestiknya serta meningkatkan prestasi di peringkat benua pada musim hadapan,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sebelum bergelar jurulatih Iraq, beliau pernah menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan Watford dan Sepanyol.

Casas memikul tugas pembantu jurulatih kepada Javi Garcia di Vicarage Road dari Januari hingga musim panas 2018.

Beliau kemudiannya menyertai staf kejurulatihan La Roja dan menjadi pembantu kepada legenda Sepanyol, Luis Enrique. Casas kekal bersama Sepanyol hingga Februari 2022.

Beliau dipilih sebagai pengganti tetap jurulatih sebelumnya, Aleksandar Rankovic. Casas akan membimbing pasukan itu buat kali pertama apabila menentang Albirex Niigata (S) pada 28 Februari ini.