Naib juara Liga Super musim 2023, Selangor dilaporkan bakal menerima sentuhan pembantu jurulatih kebangsaan Serbia, Katsuhito Kinoshi.
Berita ini diumumkan dalam satu hantaran oleh Persatuan Bola Sepak Serbia yang memaklumkan perlawanan bertemu Denmark pada 19 November adalah aksi terakhir Katsuhito Kinoshi bersama pasukan.
“Perlawanan menentang Denmark di Leskovac merupakan aksi perpisahan Katsuhito Kinoshi dari pasukan kebangsaan Serbia.”
“Selepas berunding dengan jurulatih Dragan Stokovic, beliau telah menerima tawaran dari Selangor dan akan mengambil alih jawatan jurulatih utama kelab Malaysia ini,” umum badan induk tersebut.
Menurut Kinoshi, pengalaman bersama Serbia merupakan satu keseronokan dan memberi manfaat yang besar untuk digunakan di masa akan datang.
“Adalah satu keseronokan untuk saya menjadi sebahagian daripada kakitangan pasukan kebangsaan Serbia selama 3 tahun setengah yang lalu dan bekerjasama dengan lelaki hebat ini,” ujar Kinoshi
“Pengalaman yang saya perolehi semasa bekerja dengan Dragan Stojkovic memberi manfaat besar kepada saya pada masa hadapan.”
“Saya berhutang budi kepada beliau atas kepercayaan yang diberikan”, komen jurulatih kelahiran Jepun itu selepas aksi menentang Denmark.
Ketika ini, Selangor dibimbing oleh Abdi Hassan sambil dibantu Shahrom Kalam setelah pemergian bekas jurulatih, Nidzam Jamil beberapa minggu yang lalu.