Jurulatih Kelahiran England Puji Kualiti Liga Malaysia
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Jurulatih kelahiran England telah memuji peningkatan yang berlaku dalam saingan Liga Malaysia sejak kebelakangan ini.

Pengendali berusia 49 tahun itu tewas dua perlawanan menentang Harimau Malaya dengan keputusan 1-0 dan 3-1 di Bukit Jalil.

Advertisements

Beliau bagaimanapun memuji persembahan dan persaingan yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan namun kemenangan memihak kepada skuad negara.

Antara langkah yang mahu diambil olehnya adalah mencari lebih ramai pemain warisan yang berkelana di luar negara.

Advertisements

“Ia sebahagian daripada perancangan untuk mengambil pemain warisan. Ramai pemain beraksi di US dan Jepun. Kita dalam fasa untuk mengikut jejak langkah Malaysia kerana kita perlukan pemain berkualiti.

“Kita dah mencari pemain serata dunia dan beberapa pemain akan datang pada bulan September.

Advertisements

Gary White bagaimanapun sedar akan jurang kualiti Liga Taiwan dan Malaysia yang menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.

“Namun begitu, para pemain kami perlu beraksi pada liga yang lebih baik seperti di Liga Malaysia. Kamu boleh lihat sekitar minit ke-70 hingga 75, pasukan kami sudah tidak boleh beraksi. Ini disebabkan intensiti dalam liga.

Advertisements

“Dalam liga kami, mungkin pemain berlari sekitar 7.5 km setiap perlawanan tetapi dalam aksi ini kita perlu membuat mereka berlari lebih 4 km. Kita tidak boleh memastikannya dalam 10 hari latihan pusat. Kita mahu memastikan kualiti Liga Malaysia meningkat,” jelasnya selepas tamat perlawanan.

Malaysia dan Chinese Taipei masing-masing akan beraksi di Kelayakan Piala Asia 2027 dalam misi untuk bersaing di Piala Asia Arab Saudi kelak.

Advertisements

News Comments Account