Jurulatih Kuwait Buru Kemenangan Ke Atas Malaysia
Asia
AFC
Advertisements

Jurulatih skuad Kuwait Bawah 23 Tahun (B-23), Emilio Peixe berazam untuk melakar kemenangan ke atas Malaysia dalam perlawanan terakhir Kumpulan D esok.

Menjelang aksi ketiga kumpulan, Harimau Muda dan Al-Azraq terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Asia B-23 2024.

Ini selepas Malaysia dan Kuwait masing-masing tewas kepada Uzbekistan dan Vietnam dalam dua perlawanan kumpulan sebelumnya.

Advertisements

Kemenangan yang dilakar ke atas kedua-dua pasukan itu sudah cukup untuk membantu Pahlawan Bintang Emas dan The White Wolves layak ke suku akhir.

Meskipun sedar peluang ke suku akhir sudah tertutup, Peixe melihat kemenangan penting bagi memastikan kempen Kuwait berakhir dengan positif.

Justeru, jurulatih Portugal itu percaya barisan pemain Kuwait akan menunjukkan prestasi mantap bila berdepan Harimau Muda nanti.

Advertisements

“Kita tak boleh bandingkan apa yang Kuwait miliki dengan apa yang dimiliki Uzbekistan, Vietnam (atau) Malaysia.

“Tapi para pemain (Kuwait) ini merupakan pahlawan. Dan mereka akan turun untuk cuba memenangi perlawanan itu (menentang Malaysia),” katanya dalam sidang media pra-perlawanan yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Ini penyertaan ketiga Al-Azraq dalam sejarah Piala Asia B-23. Walau bagaimanapun, dua kempen Kuwait sebelumnya untuk edisi 2013 dan 2022 berakhir di peringkat kumpulan.

Advertisements

Kempen Kuwait untuk edisi 2022 menyaksikan pasukan itu gagal layak ke suku akhir dan pulang awal selepas tewas dalam semua tiga aksi kumpulan.

Malaysia bakal berhadapan Kuwait untuk aksi ketiga Kumpulan D di Stadium Al Janoub esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram