Advertisements
Jurulatih Malaysia Bangga ‘Pemain Berjuang Hingga Saat Akhir’
UltraSukan
UltraSukan
FA Malaysia

Jurulatih Malaysia, Rakhpol Sainetngam berbangga dengan usaha keras para pemain yang berjuang ketika tumpas di tangan Thailand dalam aksi peringkat kumpulan Kejuaraan Futsal Asean.

Dalam aksi tersebut, tiga gol menerusi Atippong Munplhai, Thanawat Koedbangrachan dan Therdsak Charoenphong  memastikan Thailand meraih 3 mata berharga untuk mara ke separuh akhir.

Walaupun kapten pasukan, Abu Haniffa berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-31, namun gol itu tidak cukup buat skuad negara bangkit sekaligus terpaksa akur tersingkir di peringkat kumpulan.

Menurut Rakhpol Sainetngam, pujian harus diberikan buat para pemain negara meskipun keputusan tidak memihak kepada Malaysia.

”Jika dilihat kepada keputusan, benar kami kalah. Tetapi jika anda melihat corak permainan, anda perlu berterima kasih kepada para pemain kerana mereka bermain sangat baik.”

”Kami melawan hingga saat terakhir, terima kasih semua, saya sangat berbangga dengan kalian,” tulis Rakhpol dalam satu catatan Instastory di Instagram beliau.

Instastory Rakhpol Sainetngam Jurulatih Malaysia Bangga 'Pemain Berjuang Hingga Saat Akhir'
Instastory Rakhpol Sainetngam

Kekalahan kepada Thailand ini menyaksikan pasukan negara kini menghuni tangga ketiga kumpulan A dengan tiga mata selepas 3 perlawanan, tidak cukup untuk mara ke separuh akhir.

Namun begitu, Malaysia bakal berdepan satu lagi perlawanan berdepan Timor Leste pada Rabu sebagai aksi pelengkap jadual bagi peringkat kumpulan ini.