Jurulatih Malaysia Teruskan Tugas Besar Di Vietnam
Asia Tenggara
CAHN FC
Advertisements

Bekas penjaga gol Malaysia, Azmin Azram Abdul Aziz tetap fokus dengan tugasnya sebagai jurulatih penjaga gol Cong An Ha Noi (CAHN) FC walaupun terpaksa meraikan Aidilfitri di Vietnam.

Ketika ini, saingan V. League 1 musim 2023/24 berehat bagi memberi ruang kepada saingan Piala Asia B-23 2024 di Qatar dengan baki enam perlawanan.

Berdasarkan kedudukan semasa, CAHN giat memburu pendahulu liga, Nam Dinh dengan kedua-dua pasukan hanya terpisah empat mata.

Advertisements

Azmin mengakui beliau terpaksa berkorban demi menjayakan karier kejurulatihannya bersama kelab Vietnam itu.

Pada masa sama, bekas penjaga gol Selangor FC itu melihat ini sebagai satu kenangan yang tidak akan dilupakan dalam kariernya sebagai jurulatih.

“Ya, ini tahun kedua saya sambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan. Pengalaman saya untuk tahun ini sukar, saya akui amat sukar.

Advertisements

“Dan sebagai pemain atau sebagai jurulatih, kalau ada yang mana-mana (yang nak beraksi di perantauan), anda kena tetapkan sasaran.

“Dan kena hadapi satu persatu bahawa anda takkan bersama dengan keluarga masa hari raya disebabkan kerja anda.

“Terima benda ini dan saya anggap ini satu cabaran buat saya. Dan ini satu kenangan yang saya takkan lupakan sampai bila-bila,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena semalam.

Advertisements

Azmin kini membantu legenda Thailand, Kiatisuk Senamuang yang menggalas peranan sebagai jurulatih CAHN untuk baki musim 2023/24.

Kejayaan CAHN menggondol gelaran juara V. League 1 pada musim 2023 menjadikan beliau jurulatih pertama Malaysia meraih trofi berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram