Jurulatih Malaysia Julang Kejuaraan Di Liga Vietnam
Asia Tenggara
ASEAN Football
Advertisements

Bekas penjaga gol Malaysia, Azmin Azram Abdul Aziz mengecapi trofi pertamanya sebagai jurulatih apabila membantu Cong An Ha Noi (CAHN) atau Hanoi Police muncul juara V. League 1 semalam.

CAHN menggondol kejuaraan V. League 1 musim 2023 biarpun diikat 1-1 dengan Thanh Hoa pada aksi terakhir liga semalam.

Biarpun CAHN terikat 38 mata dengan Hanoi FC, kelab tersebut muncul juara atas kelebihan perbezaan jaringan.

Advertisements

Ini sekaligus menafikan hajat bekas penyerang Selangor FC, Herlison Caion untuk menggondol kejuaraan bersama Hanoi FC selepas menyertai kelab itu pada akhir Jun lepas.

Format V. League 1 musim 2023 menyaksikan liga akan dipecahkan pada dua kumpulan selepas 13 perlawanan. Lapan pasukan teratas akan bersaing sesama mereka dalam baki tujuh perlawanan bagi menentukan juara musim ini.

Advertisements

Sementara baki enam pasukan terbawah pula bersaing mengikut jumlah perlawanan sama bagi mengelak tersingkir ke V. League 2. Format sebegini bukan asing buat V. League 1 kerana ia pernah dilakukan pada musim 2020.

“Tak pernah terlintas dalam kepala saya pasukan kita akan menjadi juara V-League 1. Syukur Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan rezeki dan pencapaian tertinggi buat saya sebagai jurulatih penjaga gol CAHN di Vietnam.

Advertisements

“Penghargaan tertinggi saya tujukan buat Effendi Jagan (Abdullah) dan Mashiedee (Sulaiman) yang telah membantu saya sepanjang karier baru saya di sini.

“Barakallahu Fik. Semoga Allah memberi kemudahan dan merahmati anda berdua. Allahumma Amin,” katanya dalam satu hantaran di Instagram peribadi beliau.

Advertisements

Kisah kejayaan beliau ini turut dikongsikan pengguna Twitter, Faizuddin Zukri dalam hantaran di akaun X peribadinya pagi ini.

Azmin menyertai CAHN sebagai jurulatih penjaga gol pada awal Januari lalu selepas tidak lagi bersama skuad negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram