Khidmat Dua Jurulatih Malaysia Ditagih Kelab Vietnam
Dunia
Arena Metro
Advertisements

Khidmat dua jurulatih kelahiran Malaysia dilaporkan akan mengembangkan karier di Liga Vietnam pada musim hadapan.

Kepakaran yang dimiliki oleh beberapa orang barisan kejurulatihan daripada Malaysia ternyata dipandang tinggi oleh kelab di sana apabila menagih khidmat untjk memantapkan lagi pasukan

Menerusi satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, khidmat jurulatih penjaga gol Harimau Malaya , Azmin Azram  dilaporkan akan menyertai barisan kejurulatihan Hanoi Police FC.

Advertisements

Bukan itu sahaja, seorang lagi bekas jurulatih kecergasan Selangor FC 2, Mashidee Sulaiman kembali ke Nam Dinh FC.

Bekas jurulatih kecergasan skuad B-22 negara itu sebelum ini pernah bersama kelab tersebut pada tahun 2019 selepas ditamatkan perkhidmatan bersama skuad kebangsaan.

Advertisements

Ini sekaligus bakal membuka lebih banyak peluang terhadap kemampuan tenaga tempatan untuk mendapat tempat di luar negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram