Jurulatih Oman Mahu Berubah Sebelum Bertemu Malaysia
Piala Dunia
Oman FA
Advertisements

Jurulatih pasukan kebangsaan Oman, Branko Ivankovic menyatakan kerisauan terhadap persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya sejak kebelakangan ini.

Pasukan bimbingannya mengalami kejutan selepas tewas kepada pasukan ke-101 dunia, Kyrgyzstan sungguhpun berada pada kedudukan yang lebih baik dalam ranking FIFA.

Oman tewas dengan keputusan tipis 1-0 sekaligus menyebabkan pasukan itu terlepas peluang untuk mengejar kedudukan Malaysia yang merekodkan dua kemenangan.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh pengendali tersebut, beliau kelihatan kurang berpuas hati dengan persembahan yang ditonjolkan oleh anak buahnya.

Ivankovic lihat pasukannya mengalami ketumpulan jentera serangan sekaligus menjejaskan persembahan pasukan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan kebangsaan Kyrgyzstan atas kemenangan, namun syabas kepada pemain saya atas keinginan dan keazaman untuk memberikan yang terbaik.”

Advertisements

“Kami menjangkakan ia menjadi perlawanan yang sukar, dan kami mempersiapkan diri dengan baik. Saya melihat pasukan terlepas banyak peluang dan tidak dapat menjaringkan gol namun perjalanan masih jauh.”

“Kami akan membuat persediaan yang lebih baik untuk kempen seterusnya untuk mengejar kedudukan teratas kumpulan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Malaysia ketika ini memimpin carta Kumpulan D dengan 6 mata sementara Oman di tangga kedua dengan 3 mata.

Advertisements

Harimau Malaya akan bertemu Oman pada 21 Mac 2024 di laman lawan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram