Jurulatih PSM Makassar Ragu-Ragu Ke Piala AFC
Asia Tenggara
MakanBola
Advertisements

Pengendali PSM Makassar, Bernardo Tavares mengakui pasukannya bukan dalam kedudukan yang baik dalam Liga 1 Indonesia ketika ini.

Tidak seperti musim lepas di mana mereka bergelar juara liga, musim ini Juku Eja menduduki tangga ke-12 dengan tiga kemenangan, dua seri dan empat kekalahan.

Advertisements

Justeru, fokus jurulatih Portugal itu ialah menambahbaik prestasi PSM Makassar dalam Liga 1 sambil mempersiapkan mereka untuk kempen Piala AFC 2023-2024.

“Pada ketika ini, posisi kami bukan cukup bagus, musim ini kami bukan calon juara (Liga 1). Yang terjadi pada musim lalu adalah keajaiban, musim ini kami harus rendah hati.

Advertisements

“Banyak tim yang lebih baik dari kami,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan play-off Piala AFC menentang Yangon seperti dilaporkan Tribunnews.

Dengan selesainya proses undian Piala AFC semalam, Juku Eja berada dalam Kumpulan H bersama Sabah FC, Hougang United dan Hai Phong.

Advertisements

Justeru, Tavares mahu anak-anak buahnya memanfaatkan peluang beraksi dalam kejohanan tersebut sebagai wakil Indonesia.

“Jadi kami harus melakukan pekerjaan dengan baik satu pertandingan demi pertandingan. Dan menikmati kesempatan kami menjadi perwakilan Indonesia di Piala AFC, inilah yang akan kami lakukan,” tambahnya.

Advertisements

Selain PSM Makassar, satu lagi wakil Indonesia iaitu Bali United turut terpilih ke Piala AFC dan beraksi dalam Kumpulan G.

News Comments Account