AFC Cup 23/24: Terengganu Berdepan Gergasi Australia, Sabah Diuji Kelab Indonesia
Asia
AFC
Advertisements

Dua wakil Malaysia ke pentas Piala AFC, Terengganu dan Sabah FC sudah pun mengetahui lawan mereka di pentas berprestij tersebut.

Kejohanan yang memasuki edisi ke-19 itu menyaksikan penyertaan 36 kelab dari 5 zon AFC yang berbeza mengambil bahagian.

Terengganu FC dan Sabah FC layak ke pentas AFC setelah muncul naib juara dan tempat ke-3 Liga Super 2022 susulan kekalahan Selangor FC pada aksi final Piala Malaysia 2022.

Advertisements

Berdasarkan undian yang dijalankan di AFC House, Kuala Lumpur pada jam 2 petang, keputusan menyaksikan Terengganu bakal berdepan tentangan wakil Indonesia, Bali United, gergasi Australia, Central Coast Mariners dan Stallion Laguna dari Filipina dalam Kumpulan G.

Sabah FC pula berada dalam kumpulan H bersama Haiphong FC dan wakil Singapura, Houganng United, Haiphong (Vietnam) dan PSM Makassar dari Indonesia.

Advertisements

Tiga juara kumpulan dan naib juara terbaik dari setiap Zon Barat dan ASEAN akan mara ke Separuh Akhir Zon masing-masing, dengan pemenang berdepan antara satu sama lain di Zon Akhir.

Pemenang di Zon ASEAN melangkah ke separuh akhir Antara zon, dan bakal disertai oleh pemenang Kumpulan D, E dan I.

Advertisements

Undian pusingan kalah mati akan dijalankan untuk menentukan dua perlawanan bagi peringkat ini. Kedua-dua pemenang kemudian bermain antara satu sama lain dalam perlawanan akhir Antara Zon (Inter Zone) untuk memperoleh peluang menghadapi pemenang perlawanan akhir Zon Barat dalam AFC Cup™ 2023/24 Final pada 5 Mei 2024.

Keputusan: Hasil undian Piala AFC 23/24

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram