Jurulatih Tajikistan ‘Hentam’ Roberto Mancini
Asia
FA Tajikistan
Advertisements

Ketua jurulatih Tajikistan, Petar Segrt melakukan kritikan pedas terhadap pengendali Arab Saudi, Roberto Mancini susulan tindakan biadabnya tempoh hari.

Pengendali berpengalaman itu gagal membantu Arab Saudi untuk mara ke pusingan suku akhir selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti.

Tindakan Roberto Mancini mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penyokong pasukan apabila beliau meninggalkan padang saat pasukannya sedang memgambil sepakan penalti.

Advertisements

Perkara ini turut disebutkan oleh Petar Sergt tatkala beliau menganggap tindakan itu tidak wajar dilakukan.

“Roberto Mancini ialah seorang jurulatih yang baik. Saya fikir beliau telah melakukan kesilapan. Dan saya fikir Mancini melakukan kesilapan tetapi ini cuma pandangan saya.”

“Bukan hak saya untuk menyuarakan pendapat kerana beliau seorang jurulatih ternama dan merupakan wira bagi Itali.”

Advertisements

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang dna mahu mempersiapkan pasukannya jntuk menghadapi tentangan Jordan bagi aksi suku akhir hari ini.

“Tapi saya rasakan saya tak patut bercakap tentang jurulatih lain. Saya mahu bercakap tentang Tajikistan dan saya percaya semua yang berada di sini mahu bercakap tentang (perlawanan suku akhir) menentang Jordan.”

“Saya ada berjumpa (Paulo) Bento (jurulatih UAE) selepas perlawanan, seorang jurulatih yang amat dihormati. Beliau ada menyebut tentang (penentuan penalti) selepas perlawanan dan memberitahu, ‘Anda berhak menang perlawanan ini.”

Advertisements

“Saya ada mengikut Tajikistan kerana saya melihat anda semua sebagai satu contoh yang bagus,” ujarnya ketika sesi sidang media Piala Asia menurut Alkass Digital.

Aksi Tajikistan dan Jordan akan berlangsung pada 2 Februari 2024 di Stadium Ahmed bin Ali jam 7:30 malam waktu tempatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram