Ketua Jurulatih Tajikistan, Gela Shekiladze menganggap para pemain Tajikistan berdepan kesulitan pada aksi pertama Pestabola Merdeka berdepan Lubnan pada Rabu.
Shekiladze menegaskan pemainnya sukar beraksi di dalam cuaca yang hangat seperti yang dilalui mereka ketika bertemu Lubnan.
Bagi beliau, bukan sahaja Tajikistan mengalami kesukaran malah ianya turut mempengaruhi para pemain Lubnan.
Selain itu, Shekiladze juga menegaskan mereka hanya membuat persiapan yang singkat sebelum bertemu Lubnan.
“Untuk beraksi dengan cuaca yang seperti ini, ianya sangat sukar buat pemain saya. Pasukan Lubnan juga menghadapi kesukaran yang sama. Tetapi dalam bola sepak anda kena bersedia beraksi dalam apa jua cuaca.
“Ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan. Kami mengumpulkan pemain di sini (Malaysia). Bagi tempoh 3 hari (persiapan), ianya tidak mencukupi,” jelas Shekiladze dalam sidang media selepas perlawanan bertemu Lubnan.
Pada aksi pertama Pestabola Merdeka yang menemukan Tajikistan dan Lubnan itu, kemenangan berpihak buat Lubnan yang mencatatkan kemenangan tipis 1-0.
Kekalahan itu bermakna Tajikistan tidak dapat mempertahankan kejuaraan yang dijuarai pada edisi musim lalu.