Ads
Jurulatih Thailand Yakin Dapat Tewaskan Malaysia
Asia Tenggara
Changsuek

Jurulatih Thailand Bawah 19 Tahun (B-19), Emerson Pereira percaya anak buahnya mampu menewaskan musuh tradisi mereka, Malaysia.

Advertisements

Selepas dua perlawanan Kumpulan C Kejuaraan ASEAN B-19 2024, Malaysia dan Thailand mengumpul enam mata. Kelebihan jaringan besar yang dimiliki anak buah Juan Torres Garrido memastikan mereka mendahului kumpulan ketika ini.

Advertisements

Harimau Muda merekodkan 16 jaringan dalam dua perlawanan tanpa dibolosi satu gol. Sementara skuad muda Gajah Perang pula menjaringkan lapan gol dan dibolosi sekali.

Advertisements
Advertisements

Meskipun kelebihan tampak memihak Malaysia di atas kertas, Pereira percaya anak buahnya mampu merekodkan kemenangan dalam aksi ketiga Kumpulan C.

Ini kerana bekas pengendali Buriram United itu percaya Thailand mampu menutup kempen kumpulan dengan kemenangan sebelum mengalihkan fokus untuk aksi separuh akhir.

Advertisements

“Bagi saya, Malaysia adalah pasukan yang baik. Mereka mempunyai pemain sayap yang baik di kedua-dua bahagian sayap. Tetapi saya percaya kepada pasukan saya dan pemain saya.

“Saya percaya mereka boleh melawan Malaysia. Sekarang kita perlu fokus pada perlawanan seterusnya. Kami masih mempunyai satu lagi perlawanan menentang Malaysia dan selepas itu, kami akan bertemu lawan dalam perlawanan seterusnya,” katanya seperti yang dilaporkan TheThao247.

Malaysia dan Thailand akan berentap pada 25 Julai ini bagi menentukan juara Kumpulan C. Kedua-dua pasukan sudah layak ke separuh akhir selepas Indonesia membelasah Timor Leste dalam aksi terakhir Kumpulan A.

Advertisements

Juara Kumpulan C bakal bertemu dengan Garuda Muda di peringkat separuh akhir. Sementara naib juara pula bakal berdepan Australia dengan kesemua perlawanan separuh akhir berlangsung pada 27 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram