Jurulatih Uzbekistan Lega Kalahkan Malaysia
Asia
Uzbekistan FA
Advertisements

Jurulatih Uzbekistan, Timur Kapadze mengungkapkan rasa lega selepas berjaya mengalahkan Malaysia dalam aksi sulung kedua-dua pasukan di Piala Asia Bawah 23 (B-23) semalam.

Timur menganggap aksi pertama dalam pertandingan kebiasaannya akan menjadi satu kesukaran buat mana-mana pasukan namun beliau bersyukur pasukan kendaliannya mampu meraih tiga mata.

Jika diamati dengan lebih terperinci, Timur yakin anak buahnya mampu memberikan aksi yang lebih baik lagi berbanding apa yang dipersembahkan ketika menentang Malaysia.

Advertisements

“Kami boleh bermain dengan lebih baik daripada itu (perlawanan menentang Malaysia). Tetapi permulaan pertandingan tidak selalunya mudah. Yang penting, kami memulakan perlawanan pertama dengan kemenangan,” jelas Timur Kapadze melalui laman sosial rasmi pasukan kebangsaan Uzbekistan.

Pada aksi semalam, jaringan penalti di awal permainan oleh Jasurbek Jaloliddinov berjaya membantu Uzbekistan meraih keyakinan dalam perlawanan itu sebelum kemenangan bergaya Uzbekistan ditutup dengan jaringan Ulugbek Khoshimov pada minit ke-83.

Kemenangan itu mencerahkan peluang Uzbekistan untuk mara ke pusingan kalah mati. Uzbekistan kini menduduki tangga kedua kumpulan D di bawah Vietnam yang dibezakan dengan jumlah jaringan.

Advertisements

Pada satu lagi aksi kumpulan D, Vietnam berjaya menewaskan Kuwait dengan keputusan 3-1 untuk berada di puncak kumpulan.

Untuk aksi seterusnya Uzbekistan bakal menentang Kuwait pada 20 April ini, manakala Malaysia bakal menentang Vietnam pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram