Jurulatih Vietnam Puas Hati Singkirkan Malaysia
Asia
Vietnam FF
Advertisements

Ketua jurulatih Vietnam, Hoang Anh Tuan mengakui berpuas hati setelah pasukan kendaliannya berjaya menewaskan Malaysia dalam aksi kedua Kumpulan D Piala Asia B-23 Qatar.

Kemenangan 2-0 itu juga memberi dua haluan berbeza buat kedua-dua pasukan yang bermain apabila Vietnam sah mara ke peringkat suku akhir manakala Malaysia pula tersingkir setelah meraih dua kekalahan berturut-turut.

Jurulatih Vietnam itu memuji aksi yang dipamerkan anak buahnya menentang Malaysia setelah pasukan Harimau Malaya turut memberikan kesukaran kepada Vietnam dalam beberapa situasi.

Advertisements

“Saya tidak tahu perkataan apa yang lebih tepat untuk digunakan daripada berpuas hati untuk menggambarkan perlawanan ini. Setiap perlawanan kami akan bermain dengan lebih baik. Dari segi taktikal dan jaringan dalam aksi ini, pemain Vietnam layak menang.”

“Seluruh pasukan bermain perlawanan yang sangat sukar menentang Malaysia. Saya katakan sebelum kejohanan, tiada pasukan yang lemah dalam kumpulan ini. Walaupun Vietnam menang, kami melalui masa sukar terutama pada minit terakhir separuh masa kedua.”

“Saya telah mengubah sedikit taktikal. Pada penghujungnya, Vietnam terpaksa mengekalkan kedudukan, jadi pasukan itu beralih dari menyerang balas kepada gaya bertahan untuk mencapai keputusan akhir.” ujar Hoang Anh Tuan.

Advertisements

“Perlawanan seterusnya juga merupakan perlawanan yang sangat penting untuk Vietnam. Walau apapun keputusan perlawanan antara Uzbekistan dan Kuwait, kami tetap perlu menumpukan perhatian yang tinggi untuk perlawanan pada 23 April ini.”

“Saya masih mengatakan pemain saya akan bermain dengan terbaik. Kerana ini adalah peluang untuk Vietnam U23 meraih pengalaman untuk masa depan mereka.” tambahnya.

Vietnam bakal bertemu Uzbekistan kelak bagi menentukan siapakah juara dan naib juara kumpulan D Piala Asia B-23 manakala Malaysia akan menentang Kuwait dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Advertisements

Vietnam dan Uzbekistan kini masing-masing mengumpul 6 mata manakala Malaysia dan Kuwait pula masih belum meraih sebarang mata setelah mengharungi dua perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram