AFC U-23 Asian Cup: Malang Penalti Malaysia Berulang, Tewas Kepada Vietnam
Asia
FA Malaysia
Advertisements

Perlawanan kedua peringkat kumpulan AFC U-23 Asian Cup menyaksikan penalti sekali lagi menjadi punca Malaysia tewas di tangan Vietnam.

Aksi yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa itu menyaksikan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama skuad muda negara dilakukan.

Nama-nama seperti Umar Hakeem, Muhammad Khalil dan Najmuddin Akmal diberi kepercayaan untuk menggalas tugas besar berdepan The Golden Dragons.

Advertisements

Malaysia mengatur gerak yang amat baik apabila memperoleh peluang seawal minit ke-3 menerusi percubaan Fergus Tierney namun sedikit tersasar.

Najmuddin Akmal memperoleh dua peluang keemasan namun tidak diterjemahkan kepada jaringan.

Advertisements

Skuad muda negara rancak mengatur gerak namun dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh lawan menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-39 yang disempurnakan oleh Khuat Van Hang.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Vietnam kelihatan lebih rancak untuk mengatur gerak bagi mengasak kubu yang dikawal rapi oleh penjaga gol muda negara, Azim Al-Amin.

Kesilapan secara mengejut oleh pertahanan tengah, Ubaidullah Shamsul yang melakukan kesilapan yang akhirnya memberikan sepakan penalti buat lawan.

Advertisements

Peluang itu mudah disempurnakan oleh pemain tengah, Vo Hoang Minh Khoa untuk memastikan kemenangan milik Vietnam.

Tambahan masa 6 minit tidak mampu mengubah nasib pasukan apabila kehilangan tiga mata penting sekaligus menamatkan perjuangan di Asia.

Vietnam unggul di tangga teratas kumpulan dengan 6 mata sementara diikuti oleh Uzbekistan dengan 3 mata.

Skuad muda negara akan bertemu Kuwait bagi aksi terakhir kumpulan pada 23 April 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram