Justin Hubner: Anda Tak Boleh Buat Silap Jadi Pemain Indonesia
Asia Tenggara
MakanBola
PSSI
Advertisements

Bek tengah muda Indonesia, Justin Hubner mengakui menjadi pemain negara itu bukan mudah dan penuh dengan ranjau.

Kenyataan ini timbul ekoran kritikan keras yang diterima bek tengah berusia 20 tahun itu baru-baru ini.

Advertisements

Hubner bernasib malang apabila dilayangkan kad merah dalam perlawanan terbaru J. League Cup membabitkan kelabnya, Cerezo Osaka. Beliau dibuang padang selepas didapati menjatuhkan penyerang FC Ryukyu, Haruto Shirai pada minit ke-17.

Situasi ini menyebabkan Cerezo terpaksa bermain dengan 10 orang untuk baki 73 minit masa perlawanan. Meskipun begitu, pasukan itu berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas meraih kemenangan 1-0.

Advertisements

Disebabkan insiden tersebut, Hubner menerima kecaman hebat daripada ramai peminat bola sepak Indonesia.

Ini mendorong beliau menyifatkan menjadi pemain Indonesia bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi jika melakukan kesilapan di atas padang.

Advertisements

“Haha, anda tidak boleh melakukan kesilapan jika anda bermain untuk Indonesia. Satu hari, anda (diangkat sebagai) pemain terbaik. Pada hari yang lain, anda (menjadi) pemain terburuk.

“Lucu melihat sesetengah komen (yang dibuat penyokong) tetapi (saya) sayang semua,” katanya dalam satu komen di Instagram.

Advertisements

Hubner menyertai Cerezo secara pinjaman daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolverhampton Wanderers. Beliau sudah merekodkan tiga penampilan bersama kelab J1 League itu.

News Comments Account