Kad Merah Punca Negeri Sembilan Tewas
MakanBola
Melaka FC

Pengendali Negeri Sembilan FC, Daniel Gimenez mengakui kad merah sebagai punca pasukan itu tewas kepada Melaka FC dalam aksi terbaru Liga Super di Stadium Hang Jebat.

Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang Jepun, Yusuke Minagawa. Melaka kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi Noel Agbre.

The Jangs kemudiannya dipaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Khuzaimi Piee dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil pada separuh masa kedua. Ini membuka ruang buat Christian menjaringkan gol kemenangan buat tuan rumah.

Gimenez mengakui layangan kad merah sedikit sebanyak menjejaskan rentak Negeri Sembilan untuk memburu kemenangan dalam perlawanan itu.

“Pada separuh masa pertama, kita mendominasi (perlawanan). Saya fikir kita mempunyai banyak idea baru kepada pasukan dan ia berkesan. Tapi pada separuh masa kedua, kad merah (Khuzaimi) menghukum kita.

“Meskipun begitu, semangat para pemain cukup mengagumkan. Kita cuba memenangi perlawanan dan tidak sekadar berkongsi mata. Tapi inilah bola sepak, kita tewas dan hidup kena diteruskan,” katanya selepas perlawanan.

Negeri Sembilan berharap dapat bangkit dalam aksi pertama pusingan 16 Piala FA menentang Kelantan City FC pada 2 September ini.