Kalamullah Al-Hafiz Menuju Ke Selangor?
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Penjaga gol utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dilaporkan bakal berkelana ke Selangor FC.

Ini selepas khabar angin perpindahan berkenaan dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di platform X pada 13 September lalu.

Ad

“Perpindahan besar! Penjaga gol kebangsaan Kalamullah difahamkan sudah menamatkan kontrak bersama Kedah Darul Aman untuk menyertai Selangor. Urusan perpindahan dijangka lengkap dalam masa dua hari,” katanya.

Ad

Sekiranya khabar angin ini jadi realiti, penjaga gol berusia 29 tahun itu menjadi pemain terbaru yang meninggalkan Kedah dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M).

Terdahulu, penjaga gol, Fikri Che Soh dan pemain tengah Bahrain, Habib Haroon memilih untuk angkat kaki selepas Sang Kenari bergelut dengan masalah kewangan.

Ad

Habib kembali ke Bahrain untuk menyertai kelab Bahraini Premier League (BPL), Sitra Club. Manakala Fikri pula menjadi sebahagian daripada lima pemain baru Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).

Ad

Kehadiran Kalamullah dijangka merancakkan lagi persaingan merebut slot penjaga gol utama Merah Kuning.

Ad

Ketika ini, Samuel Somerville, Azim Al Amin Kamaruddin dan Khairulazhan Khalid menjadi pilihan jurulatih, Nidzam Jamil untuk bahagian berkenaan.

Sejak menyertai Kedah dari PJ City FC pada akhir tahun 2022, Kalamullah telah mencatatkan 36 penampilan dalam semua kejohanan termasuk Liga Super.

Beliau turut merekodkan 14 perlawanan tanpa bolos berdasarkan semakan terbaru di Transfermarkt termasuk lima untuk musim 2024/25.

Kalamullah turut membuat satu penampilan buat skuad kebangsaan semasa era Kim Pan-gon. Beliau mencatatkan penampilan pertama bersama Harimau Malaya ketika menentang Kemboja pada 9 Disember 2022.