Kalamullah Terduduk, Warganet Beri Kata Semangat
MakanBola
KDA FC

Penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz dilihat terduduk selepas pasukannya tewas 0-6 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di antara kedua-dua pasukan pada Jumaat.

Ternyata bukanlah satu tugas yang mudah buat Kalamullah untuk menahan setiap serangan daripada barisan pemain bintang JDT dan ianya terbukti apabila enam jaringan membolosi gawang Kedah.

Ad

Dalam satu video yang tular di laman Tiktok, Kalamullah dilihat terduduk selepas tamat perlawanan menentang JDT dan beliau berdiri semula selepas berjabat tangan dengan pengadil perlawanan S. Logeswaran.

Ad

Melalui tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat buat Kalamullah yang sudah beraksi sehabis baik dalam perlawanan tersebut.

Video yang dimuatnaik oleh isteri Kalamullah, Haryanie Taj itu telah ditonton lebih 64 ribu kali dan ianya mendapat lebih 4 ribu tanda suka.

Ad

“Dia dah buat yang terbaik. Penjaga gol terbaik. Tahniah,” coret pemilik akaun Tiktok Fzrnishk.

Ad

“Kalamullah padu. Saya rasa kasihan sebab dia paling perform malam ini,” coret seorang lagi pengguna Tiktok.

Ad

Ini bukanlah kali pertama Kalamullah beraksi dengan baik apabila bertemu JDT, malah pada separuh akhir kedua Piala FA, jurulatih JDT, Hector Bidoglio memberi pujian terhadap aksi cemerlang penjaga gol Kedah ini.