“Kalau Saya Cakap, Saya Kena Denda” – Lim Teong Kim
Piala FA
TBG TV
Advertisements

Kekalahan 2-1 Perak di tangan Sri Pahang dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA sememangnya pahit bagi jurulatih Datuk Lim Teong Kim. Cuma satu perkara yang menggusarkannya ialah mutu pengadilan perlawanan semalam.

Perak sebelum itu selesa mendahului menerusi Christian Obiozor pada minit ke-34. Tetapi pada babak kedua, segalanya berubah apabila pemain tengah Fadhil Idris dibuang padang pada minit ke-66 selepas didapati menarik penyerang Tok Gajah, Kpah Sherman.

Walaupun keputusan itu dibantah oleh beberapa pemain The Bos Gaurus, pengadil tetap dengan keputusannya. Ini membolehkan Perak dibolosi Pahang sebanyak dua kali menerusi gol Abdul Malik Mat Ariff dan penalti minit akhir Stefano Brundo untuk kemenangan 2-1 pasukan pelawat.

Advertisements

Bagi Teong Kim, keputusan tersebut dilihat memberi talian hayat kepada anak-anak buah Fandi Ahmad dan seterusnya, mendapatkan kemenangan pada akhirnya.

Tetapi beliau enggan mengulas panjang tentang kad merah yang diterima Fadhil kerana bimbang didenda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Advertisements

“Saya kecewa dengan keputusan (pengadil) hari ini. Saya tak boleh bercakap dengan pegawai yang mengendalikan perlawanan, kerana kalau saya cakap, saya kena denda juga. Jadi, lebih baik tak perlu bercakap. Apa nak buat,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan sambil membuat isyarat menutup mulut.

Kad merah yang diterima Fadhil merupakan kad merah ketiga yang diterima Perak dalam semua kejohanan setakat ini. Sebelum itu, Haziq Puad dan Sunday Afolabi menerima nasib sama dalam kekalahan 4-1 Perak kepada Kedah dalam perlawanan sulung Liga Super.

Advertisements

Kekerapan pemain-pemain Seladang dikenakan kad kuning dan kad merah mendorong para penyokong mencadangkan sistem denda diperkenalkan sebagai cara mengawal disiplin pemain.

Bagaimanapun, Teong Kim berpandangan denda hanya akan dikenakan jika pemain melakukan kesalahan disiplin lebih serius seperti bergaduh di atas padang.

Advertisements

“Kita mesti lihat jenis kad merah, kad kuning yang mereka terima. Kalau faul profesional, kalau saya suruh mereka bayar denda, tak patutlah. Tapi kalau kesalahan bertumbuk ke, itu memang kena. Tapi itu tak terjadi hari ini,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram