Liga Super
Perak FC
Advertisements

Para penyokong Perak FC kini mula berasa bimbang dengan aksi yang ditampilkan oleh para pemain pasukan apabila mereka sering menerima kad merah.

Advertisements

Setelah beraksi sebanyak 4 kali musim ini, anak didik Lim Teong Kim jelas masih tidak berada dalam prestasi yang diharapkan.

The Bos Gaurus telah menerima dua kad merah pada aksi pertama ketika tewas kepada Kedah dengan keputusan 1-4.

Advertisements

Perkara ini terjadi lagi apabila aksi pertemuan menentang Sri Pahang malam ini apabila mereka tumpas 1-2 di laman sendiri.

Dalam aksi ini, seorang lagi pemain perak, Fadhli Idris turut dilayangkan kad merah sekaligus menjejaskan rentak pasukan pada malam ini.

Advertisements

Situasi ini jelas menimbulkan kerisauan dalam kalangan penyokong dan meminta barisan kejurulatihan meneliti semula agar perkara ini tidak terjadi lagi.

“Barisan kejurulatihan Perak perlu meneliti semula apa yang menyebabkan pemain-pemain Perak kerap dilayangkan kad kuning dan menerima kad merah.”

“Rentak permainan pasukan pasti terganggu apabila kekurangan pemain. Ini jelas merugikan pasukan. Harap bos TBG Super Fan boleh memperkenalkan denda kepada pemain-pemain yang mengutip banyak kad,” katanya.

Sebelum ini, dalam aksi bertemu Kedah, dua pemain mereka iaitu Sunday Afolabi dan Haziq Puad turut dilayangkan kad merah dan menjejaskan persembahan pasukan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram