Kapten B-23 Negara Pilih Kekal Di Selangor
Liga Super
FA Malaysia
Advertisements

Kapten pasukan kebangsaan bawah 23 tahun, Mukhairi Ajmal memilih untuk kekal bersama kelab Selangor bagi musim hadapan.

Mukhairi Ajmal telah bersama Gergasi Merah sejak tahun 2020 dan telah merekodkan 10 gol serta 16 bantuan jaringan dalam 88 penampilan bersama kelab tersebut.

Pemain tengah ini turut merupakan kapten pasukan skuad junior Harimau Malaya dan bakal mengemudi jentera tengah pasukan kebangsaan dalam kejohana Piala Asia B23 AFC 2024 pada bulan April kelak.

Advertisements

Pemain berusia 23 tahun ini juga antara pemain penting Selangor dibahagian tengah pada musim lalu apabila telah diturunkan dalam 24 perlawanan liga.

Perkara tersebut telah disahkan melalui media sosial rasmi milik Selangor FC yang turut mengumumkan bahawa Mukhairi Ajmal merupakan Young Player of the Season 2023 berdasarkan undian penyokong.

Mukhairi Ajmal bakal bersama-sama dengan Izwan Yuslan, Noor Al-Rawabdeh dan Syahir Basyah dalam memperkuatkan jentera tengah pasukan Selangor.

Advertisements

Selangor bakal beraksi di pentas Asia pada musim hadapan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) setelah menamatkan liga ditangga kedua pada musim lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram