Advertisements
Kapten Indonesia Sertai Kelab Thailand, Port FC
Transfer
MakanBola
Timnas Indonesia

Tonggak pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam sah menyarung jersi Port FC bagi mengharungi baki saingan Thai League 1.

Berita perpindahan ini diumumkan menerusi satu hantaran di laman Instagram Port FC yang menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu bakal mengisi kuota pemain Asia Tenggara bagi kelab tersebut.

“Port FC berjaya memuktamadkan perjanjian penting dengan mengumumkan ketibaan pertahanan kanan, Asnawi Mangkualam yang juga kapten Indonesia ke kelab untuk bersaing dalam baki aksi liga 2023/2024 sebagai pemain import Asia Tenggara.”

Asnawi sebelum ini berkelana ke K-League 2 untuk beraksi bersama Jeonnam Dragons sebelum kontraknya tidak disambung pada 31 Disember yang lalu.

Beliau mencatatkan 27 penampilan dalam semua kejohanan dan berjaya mencipta dua bantuan gol buat kelab tersebut.

Port FC yang kini menduduki tangga ketiga liga mengumpul 29 mata daripada 15 perlawanan, ketinggalan 5 mata di belakang pendahulu, Bangkok United.

Asnawi bakal menyertai sesi latihan pasukan baharunya itu selepas selesai tugasan bersama skuad Garuda memandangkan aksi Thai League 1 kini sedang berehat bagi memberi laluan kepada kempen Piala Asia.