Kapten Jepun Sasar Julang Piala Dunia
Asia
Wataru Endo
Advertisements

Kapten Jepun, Wataru Endo kini menagih sokongan besar penyokong Jepun dalam usaha pasukan itu menjulang Piala Dunia setelah tersingkir dari Piala Asia 2023.

Jepun telah disingkirkan oleh Iran menerusi sepakan penalti pada penghujung perlawanan sekali gus menambah kemarau kejuaraan Piala Asia yang kali terakhir dimenangi oleh Jepun pada tahun 2011.

Wataru Endo yang merupakan kapten pasukan kemudian memberikan ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada para penyokong Samurai Biru sepanjang kempen Piala Asia di Qatar.

Advertisements

Pemain Liverpool itu mengakui persembahan dan suasana penyokong Iran telah menenggelamkan hasrat besar Jepun untuk melangkah ke separuh akhir.

Kini kapten pasukan itu menyambung misi besar Jepun dalam memenangi kejohanan bola sepak paling berprestij iaitu kejohanan Piala Dunia.

Advertisements

“Terima kasih kerana menyokong Piala Asia. Kejohanan ini menyedarkan saya sekali lagi bahawa menjadi nombor satu dalam sesuatu bukanlah mudah, tidak kira besar atau kecil.”

“Saya rasa persembahan pemain Iran dan suasana yang dicipta oleh penyokong Iran di stadium layak mendapat kemenangan. Sebagai kapten, saya akan terus memikirkan apa yang boleh kita lakukan untuk menjadikan pasukan kebangsaan Jepun lebih kuat.”

Advertisements

“Peminat yang dihormati, sila teruskan berjuang bersama-sama untuk mencapai matlamat besar kami untuk memenangi Piala Dunia! Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap pasukan bola sepak kebangsaan Jepun.” ujar Endo.

Berakhirnya perjuangan Jepun dalam Piala Asia menyaksikan Jepun bakal kembali fokus terhadap kejohanan besar iaitu Piala Dunia 2026 kelak yang bakal diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram