Advertising
Karakter Pemain Lubnan Dari Kaca Mata Matthew Davies
Harimau Malaya
MakanBola
Aima/MakanBola

Pertahanan kental Harimau Malaya, Matthew Davies berkongsi karakter pemain Lubnan dari pandangan peribadinya.

Tonggak berpengalaman itu membantu skuad negara meraih kemenangan berdepan pasukan ke-147 dunia, Filipina dengan keputusan 2-1.

Ad

Beliau ketika ditemui di Stadium MBPJ pada sesi latihan memberitahu bahawa pemain kini dalam momentum baik dan amat positif untuk beraksi di final.

Ad

“Pemain agak tenang sebagai satu kumpulan di bawah Pau Marti. Kami menempuhi aksi yang agak mencabar berdepan Filipina namun masih banyak yang boleh diperbaiki.

“Apa yang penting adalah ketika ini, Malaysia sudah melangkah ke pentas akhir.

Ad

Tonggak penting JDT ini memberi analisa awal tentang kekuatan pemain Lubnan tatkala beliau memiliki pengalaman berdepan lawan dari Timur Tengah.

Ad

“Mereka sama seperti kebiasaan pasukan Timur Tengah, agak fizikal, sangat tersusun dan sukar untuk ditembusi.

Ad

“Kami menjangkakan aksi yang sengit namun kami akan meluangkan masa berbaki dua hari untuk persiapan. Harapnya para pemain dapat memberikan aksi terbaik menentang Lubnan,” jelasnya ketika ditemui.

Malayaia akan bertemu Lubnan pada 8 September di SNBJ manakala aksi penentuan tempat ke-3 melibatkan juara bertahan, Tajikistan dan juga Filipina.